'Gangguan' Di Hospital Terlerai, Ustaz Dedah Uruskan Mayat Bayi 41 Tahun Yang Disimpan
Ya Allah, lamanya. Kesian baby.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang ustaz berkongsi ceritanya menguruskan mayat bayi yang telah disimpan selama 41 tahun di sebuah hospital universiti
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tanahberdaulat.tv di laman TikTok, ustaz berkenaan mendedahkan bahawa hospital tersebut telah menerima gangguan mistik bertahun-tahun.
Menurut ustaz berkenaan, rupa-rupanya terdapat mayat seorang bayi yang tidak dituntut telah disimpan di hospital itu sejak tahun 1980 dan mungkin menjadi punca gangguan tersebut kerap berlaku.
Difahamkan, urusan pengebumian terbabit telah pun diselesaikan pada tahun 2021.
Lepas selesai uruskan mayat bayi, tiada lagi gangguan mistik
"Masa saya dapat panggilan tersebut daripada pusat Islam universiti tersebut, hospital itu menerima gangguan yang melibatkan mistik.
"Ada masa ventilator tertutup sendiri, ada masa pesakit berada di bawah katil. Bila diaorang buat perubatan Islam dan sebagainya, dapat puncanya mungkin daripada simpanan yang tak diuruskan.
"Tugas saya adalah untuk uruskan bayi tersebut lah. Dan malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tak dituntut.
"Selepas bayi itu diuruskan, Alhamdulillah saya dapat maklum sampai sekarang tak ada dah gangguan tersebut," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!