Menara KL Akan Disinari Cahaya Lampu Hijau Setiap Malam Tanda Masuk Waktu Maghrib, Isyak
Wah, bagus idea ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menara Kuala Lumpur kini akan disinari dengan lampu hijau setiap malam bagi menandakan masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak di Wilayah Persekutuan
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad berkata, idea itu tercetus secara spontan ketika satu majlis yang diadakan bersama Media Prima Berhad.
Menurutnya, pencahayaan hijau itu juga sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat.
"Kerjasama bersama Media Prima ini termasuk TV3, TV9 dan Tonton sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai positif dan mengukuhkan perpaduan.
"Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
"Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menyokong program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial," katanya.
Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, adalah menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia
Berdiri megah pada ketinggian 421 meter di tengah ibu kota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik seperti Sky Deck, Sky Box, dewan bankuet TEMU, Restoran ARAS, pelantar pemandangan, Tower Walk 100, kafe, gerai cenderamata dan perkhidmatan shuttle.
Ia adalah ahli 'The World Federation of Great Towers', iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.
Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!