Bidadari Datang Naik Skuter, Bantu Warga Emas Berlumuran Darah Akibat Kemalangan
"Terima kasih akak skuter!"
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita tempatan meraih pujian netizen susulan tindakannya membantu warga emas dari Singapura yang berada dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal
Menurut laporan Berita Harian, kemalangan motosikal di tol Tanjung Kupang, Johor itu berlaku pada jam 6.40 petang membabitkan dua mangsa cedera.
Difahamkan, salah seorang netizen yang berada di tempat kejadian memuji tindakan pantas wanita itu yang memberi bantuan buat warga emas tersebut.
"Saya tak pasti macam mana kemalangan itu berlaku, tapi masa saya sampai, saya nampak dua orang terbaring atas jalan raya. Seorang tak teruk sangat, tapi seorang lagi, seorang uncle berusia 68 tahun, warga emas Cina dari Singapura, cedera parah. Luka di muka, tangan, dan darah keluar tanpa henti.
"Ramai rider motor yang balik kerja berhenti untuk membantu, angkat motor dan mangsa. Tiba-tiba, datang seorang akak Melayu. Dengan pantas, dia memberikan bantuan kecemasan kepada uncle itu. Guys, aku nak cakap dari hati, ini kali pertama dalam hidup aku tengok 'angel' depan mata aku.
"Cara dia handle uncle itu, cara dia menjaga uncle itu, memang macam jaga ayah dia sendiri. Keadaan uncle itu memang parah, uncle itu makin lemah banyak darah non stop keluar, uncle mcm nak pengsan tapi akak itu never give up try her best tenangkan uncle," katanya.
Difahamkan, wanita itu kekal berada di sisi warga emas berkenaan sehingga ketibaan ambulans membawanya untuk rawatan di hospital
"Baju, seluar, jaket dan tangan akak itu penuh dengan darah, tapi dia tetap stay (kekal berada) di sebelah uncle itu sampai ambulans datang.
"Lepas uncle itu dibawa dengan ambulans, kami yang ada di tempat kejadian bantu tolak motor uncle itu naik Hilux. Bila semua dah selesai, saya perasan akak itu dah tak ada di situ. Tak tahu siapa nama dia, tak tahu dia datang dari mana, tapi saya percaya Tuhan hantar dia ke situ.
"Saya cuma nak sampaikan satu je kepada ibu bapa akak itu. Your daughter is truly an angel. Terima kasih, Akak Scooter," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!