"Tak Tahu Nak Suka Ke Duka" - Wanita Terkejut Kena Bayar Parking Di KLIA Sampai RM2,084
Boleh beli tiket flight lagi satu tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan harga tiket parking keretanya di KLIA yang mencecah sehingga lebih RM2,000
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yaya.tasha, kelihatan dia berada di depan mesin untuk membuat pembayaran selepas meletakkan keretanya di situ lebih kurang 13 hari.
Apa yang mengejutkannya adalah apabila jumlah harga yang terpapar di skrin mesin tersebut ialah sebanyak RM2,084.
"Tak tau la nak suka ke duka," katanya.
Susulan itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya
Ada juga yang mencadangkan untuk meletakkan kereta di kawasan berdekatan KLIA di mana caj hariannya lebih murah berbanding parking di KLIA.
Antara tempat yang dicadangkan ialah Putrajaya Central, ERL Salak Tinggi, dan macam-macam lagi tempat yang selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!