seismik

JAKIM Nafi Dakwaan Produk Sandwich Ham & Cheese Ada Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Terdahulu, syarikat pengeluar sandwic kontroversi mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada JAKIM.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa bahan mentah produk Ham dan Cheese Sandwich mempunyai sijil halal

Ia susulan isu mengenai dua kedai serbaneka dalam Universiti Malaya (UM) ditutup serta-merta gara-gara dakwaan penemuan produk Sandwich Ham & Cheese yang diragui status halalnya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya menegaskan sekali lagi bahawa pemeriksaan yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati produk berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

"Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 diambil oleh pihak KPDN.

"Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperihal halal dan ditanda dengan halal selagi mana tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia," katanya.

Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Image via Harian Metro

Penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal

"Hal ini kerana sesuatu produk hanya boleh diperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan, dan pemprosesan secara keseluruhan.

"Oleh itu, Jakim menggesa pengusaha-pengusaha di luar sana supaya cakna terhadap peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang," katanya lagi.

Terdahulu, syarikat pengeluar sandwic kontroversi mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada JAKIM

Image via Harian Metro

Shake And Bake Cafe Sdn Bhd dilaporkan berkata penghasilan sandwich itu menggunakan roti, keju dan kepingan daging ayam yang diperakui halal oleh JAKIM.

Syarikat itu juga mengesahkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta JAKIM sudah melakukan siasatan ke atas premis mereka pada jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: