seismik

Suami Tergamak Bakar Rumah Sendiri Selepas Bergaduh Dengan Isteri

Sayangnya, tak pasal-pasal hilang tempat tinggal.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah faham dan pertengkaran antara suami isteri itu sememangnya hal yang biasa terjadi dalam rumah tangga

Selalunya, pasangan akan berbaik semula selepas berbincang dan bertolak ansur. Namun, lain pula dengan kisah suami isteri di Surabaya ini apabila seorang lelaki tergamak membakar rumahnya sendiri.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di Kecamatan Kraksaan, Kabupaten Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.

Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Image via Sinar Harian

Jurucakap polis, Iptu Djuwantoro Setyowadi. berkata rupa-rupanya ia berpunca daripada masalah rumah tangga.

Difahamkan, si isteri bertindak keluar dari rumah selepas pertengkaran mereka semakin tegang dan meminta jirannya menghantar ke rumah rakannya di Perumahan di Kecamatan Pajarakan.

"Kira-kira sejam selepas Listi meninggalkan rumah, dia dimaklumkan tentang rumahnya terbakar. Suaminya melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut mendapati suspek melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT)," katanya.

Mesti isteri dia dah tak tahan sangat sampai keluar rumah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: