Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Harga Mewah Tapi Rupa Sendu" - Chicken Chop RM12 Ini Jadi Bualan Hangat Warganet

Seriuslah banyak tu?

Cover image via @fedtriyahya (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda sebenarnya Chicken Chop bukanlah hidangan western food tetapi hidangan tempatan Tanah Melayu suatu ketika dahulu?

Chicken Chop ini dipercayai hidangan gantian dari pekerja selatan China ketika zaman jajahan kolonial. Pada awalnya mereka membawa hidangan daging khinzir yang digoreng bersama salutan tepung. Tetapi disebabkan sukar untuk mendapatkan bekalan daging khinzir, ayam sebagai penggantinya.

Chicken Chop ini juga dikenali sebagai hidangan yang mewah. Malah, tidak semua orang yang boleh menikmatinya hal ini kerana harganya juga dikatakan agak mahal.

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan mengenai harga Chicken Chop yang tak masuk dek akal kerana saiz hidangannya yang menyedihkan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Chicken Chop portion sendu, siap boleh kira ada berapa fries

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @fedtriyahya, dia menunjukkan hidangan Chicken Chop milik rakannya yang berharga RM12.

Ciapan itu mendapat perhatian warganet kerana terkejut melihat saiz hidangan yang terlalu sikit. Rupa Chicken Chop itu pula hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Malah, di ruangan kapsyennya juga dia menulis mungkin kerana musim tengkujuh yang menyebabkan harga hidangan Chicken Chop semakin mahal.

Image via @fedtriyahya (Twitter)

“RM12 bersamaan 1 fries 50sen, RM2.50. Salad, RM1. Coleslaw, RM1. Sosej, RM1. Chicken, RM6.50" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 2.6M views, 2,748 retweets dan 8,277 likes di Twitter. Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Sedih tengok portion makanan macam tu. Kalau murah tak apa, ini mahal harganya :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment