seismik

[VIDEO] Tikus Tengah 'Jamah' Ayam Goreng Di Kedai Mamak Ini Buat Ramai Geli & Loya Tekak

Gelinya!

Cover image via @zoeyhanafiah (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesebuah pengurusan yang berkaitan dengan makanan, adalah diwajibkan untuk sentiasa menjaga kebersihan

Hal ini kerana, pengurusan makanan yang bersih dapat mencegah daripada pelanggan terkena penyakit seperti keracunan dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ia melibatkan tentang keselamatan para pelanggan.

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan berkenaan seekor tikus dijumpai berada di dalam bekas lauk ayam goreng di sebuah kedai mamak telah menjadi bualan hangat para netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus loya tekak bila tengok tikus depan mata

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @zoeyhanafiah, dia kelihatan sedang menjamu selera di sebuah kedai mamak yang belum dikenal pasti akan lokasinya.

Ketika sedang menjamah makanan, dia terlihat kelibat seekor tikus berlegar di dalam bekas lauk di kedai itu. Malah, tikus itu juga dilihat seperti sudah mengigit ayam goreng tersebut.

Perkara itu telah menjadi tanda tanya netizen mengenai kebersihan kedai itu. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan ramai pelanggan terkena penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya.

"Someone told me this, Mamak ni 24/7 customer tak putus-putus, bila masa dia orang nak bersih betul-betul kalau ramai customer bagai" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 6,950 retweets dan 6,998 likes di Twitter. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau bahagian depan pun tikus boleh masuk, apatah lagi bahagian belakang :/

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: