seismik

[VIDEO] Hampir Kena Seret Dengan Lori, Situasi Lelaki Ini Buat Ramai Kecut Perut

Sipi-sipi sangat tu.

Cover image via @wan_akop (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak jenis pengangkutan, motosikal adalah kenderaan yang paling mudah terdedah dengan ancaman bahaya

Bukannya kenderaan yang lain tidak bahaya. Cuma motosikal kena lebih berjaga-jaga. Apatah lagi, bila berada di sebelah kenderaan muatan besar seperti lori ataupun bas.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi situasi ketika dia menunggang motosikal dan hampir diseret lori itu telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wan_akop

jgnlah mcm ni,terkejut kita tau

Nan Ko Paham - Kkz D BLG

Lampu isyarat dah merah, tapi lori masih pecut dengan laju

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wan_akop, dia dilihat sedang menunggang motosikal dan bersedia untuk berhenti ketika di lampu isyarat.

Namun, situasi mula bertukar cemas apabila sebuah lori terus memecut di sebelahnya walaupun lampu isyarat sudah berwarna merah. 

Situasi itu menyebabkan dia terkejut kerana insiden itu hampir saja menyebabkan kemalangan.

"Tabiat ni ada pada semua pemandu. Suka lajak walaupun lampu dah merah" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3M views, 118.5K likes dan 2,012 comments di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun gugur jantung tengok. Masalahnya lampu dah merah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: