seismik

[VIDEO] Rider Ini Cuak Dapat Order Dari 'Tanah Kubur', Nasib Memang Ada Orang Yang Ambil

Kelam-kabut dia balik.

Cover image via @anwarcaad13 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang penghantar makanan, mereka ini tidak dapat menjangka dimanakah tempat untuk menghantar pesanan makanan

Banyak sahaja cerita dalam kalangan rider yang mengatakan mereka hanya ikut Waze. Bila dah sampai rupanya tempat itu ada yang jalan kosong, rumah seram dan sebagainya.

Alamat nampak macam tempat biasa, sekali dah sampai terus naik bulu roma.

Lain pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi kisah dia memesan makanan ketika dia sedang menggali kubur. Tetapi, reaksi wajah rider pula jadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muka rider nampak cuak, walaupun memang orang yang ambil

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang berada di tanah perkuburan dan sedang menjalankan tugas sebagai penggali kubur.

Pada ketika dia sedang menyelesaikan tugas, dia sempat memesan makan melalui online. Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila tiba sahaja rider itu kelihatan jelas riak wajah cuaknya.

Rider itu kelihatan cuak mungkin kerana lokasi penghantaran makanan adalah di tanah perkuburan. Malah, rider itu juga bergegas untuk pulang.

"Ini kalau aku sampai je location dekat kubur, memang aku terus patah balik lah" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 277.1K views, 16.3K likes dan 193 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi rider yang cuak dan bergegas untuk balik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Rider tu masa balik mesti terfikir, sure eh tadi orang? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: