seismik

"Standby Awal" - Buka Apps Siap-Siap Takut Kena Tanya, Gelagat Pemuda Ini Bikin Tawa Ramai

Awal buat preparation eh.

Cover image via @sitisuraayaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda mengalami situasi dalam kereta dengan keluarga dan tiba-tiba disoal secara spontan?

Lebih-lebih lagi, bila disoal tentang hafalan solat. Mesti auto gelabah kan bila tiba-tiba saja nama dipetik. Bukan setakat gelabah, tetapi terus auto terlupa ayat yang dibaca.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika adiknya membuka aplikasi Al-Quran kerana bimbang disuruh sambung ayat surah telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah tengah baca, dia siap-siap buka apps sebab takut disuruh sambung

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat adiknya ketika dia sedang bimbang disuruh ayah untuk sambung ayat Al-Quran.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila adiknya tidak gelabah tapi bersiap sedia awal dengan membuka aplikasi Al-Quran.

Situasi itu membuatkan dia terhibur kerana adiknya itu bijak buat preparation. Sebelum kena marah sebab terlupa, lebih baik dia bersiap sedia buka surah yang dibaca.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kami pun macam ni dulu. Standby abah nak check bacaan dalam solat" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 3.1M views, 250.6K likes dan 773 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu. Malah, mereka turut memuji adiknya kerana tahu surah apa yang dibaca oleh ayah mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik tahu ayah tengah baca surah apa :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: