Tulis Nota Merayu Nak Ayam Paha, Gadis Tak Sangka Tuan Kedai Reply Nota Dengan Pantun
Uish, nota terbalas.
Zaman sekarang, semuanya hanya di hujung jari bukan?
Kalau teringin apa-apa misalnya seperti makanan, pesan saja di dalam talian. Tak kiralah waktu dan tempat, hanya guna apps saja, terus ada makanan di depan mata.
Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang gadis memesan makanan menggunakan food delivery. Tetapi dia menulis nota dan inginkan ayam bahagian peha kepada tuan kedai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka nota panjang dibalas dengan pantun
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mecarah, kelihatan dia berkongsi kisah ketika dia menerima pesanan makanannya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menulis nota yang panjang melalui apps delivery dan merayu supaya tuan kedai memberikan ayam bahagian peha untuknya.
Lebih menarik perhatian lagi adalah, tuan kedai membalas semula notanya dan memberikan bahagian ayam diinginkan. Malah, tuan kedai juga membalasnya dengan serangkap pantun.
"Order online ja saya berani request macam ni. Kalau makan dalam restaurant auto pasrah ja sebab tak dapat" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.5M views, 235.5K likes dan 675 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!