seismik

"Baru Nak Sedih" - Buat Kubur Macam Real, Siap Letak Pokok Bunga Ini Curi Tumpuan Netizen

Mula-mula pelik juga, kubur kena banjir ke?

Cover image via @madzulll1 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam ramai-ramai rakan yang ada, mesti ada seorang yang fikirannya out of the box, betul tak?

Bila keluar dengan dia, ada sahaja idea-idea merepek yang ingin dilakukannya. Kadang-kadang, ideanya itu tak masuk dek akal. Tetapi, bersama dengan dialah yang membuatkan hari-hari kita sentiasa ada hiburan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi momen ketika mereka berkelah di sungai.

Namun, lain pula yang jadi apabila mereka tanam salah seorang rakan mereka siap buat kubur seperti real itu telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat kubur siap package dengan pokok bunga sekali

Menerusi video yang di muat naik oleh @madzulll1, kelihatan dia berkongsi momen ketika salah seorang rakan mereka ditanam di tepi sungai.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mereka tanam siap buat kubur seperti kubur real. Di ruangan kapsyen pula, dia siap menulis 'selamat tinggal kawan, semoga yang baik-baik sahaja'.

Situasi itu membuatkan ramai yang percaya. Malah, pada mulanya ramai yang menyangka kubur itu adalah kubur yang ditenggelami banjir.

"Abang, mak saya marah saya sebab bunga dia hilang. Rupanya abang yang ambil, hmm" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 961.5K views, 79.1K likes dan 2,549 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Abang, make sure pulangkan balik pokok bunga tu. Takut-takut ada yang ikut hehe :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: