[VIDEO] Cikgu Kreatif Sediakan Locker Dari Kotak Kasut Untuk Pelajar Ini Raih Pujian Ramai
Wow! Nampak kemas dan cantik.
Siapa pernah tinggal buku bawah laci meja sebab beg sekolah berat?
Satu subjek kadang-kadang sampai 2 hingga 3 buku sekali kena bawa. Itu baru satu subjek, kalau subjek lain kuantiti bukunya yang sama, jadi beratlah beg sekolah itu.
Maka untuk elak daripada bawa beg yang berat, kadangkala ada yang tinggal separuh buku di bawah laci meja sebab tak larat untuk galas beg sekolah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang guru berkongsi kisah ketika dia menggunakan kotak kasut untuk jadikan locker pelajar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Daripada kotak kasut, auto bertukar jadi locker pelajar
Menerusi video yang di muat naik oleh @cekguzul, kelihatan dia berkongsi kisah ketika dia dan pelajarnya sedang menyusun kotak-kotak kasut.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kotak kasut itu dijadikan sebagai locker pelajar. Hal ini kerana, dia mengambil cakna dengan perihal pelajar yang terpaksa menggalas beg yang berat dengan buku.
Tindakan guru itu telah meraih pujian netizen. Malah, dia juga kreatif dalam mendekorasikan kelas supaya menjadi lebih menarik.
Lihat video lain itu di bawah:
"Terbaik cikgu! Semoga dimurahkan rezeki cikgu. Buat apa nak beli yang mahal-mahal kalau ada yang murah kan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1M views, 103.3K likes dan 1,954 comments di TikTok. Rata-rata netizen memuji kebaikan dan kreativiti cikgu itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!