seismik

"Cepat-Cepat Masuk Kereta" - Si Cilik Tolong Ibunya Bayarkan Tol Ini Curi Tumpuan Ramai

Kelam-kabut eh masuk kereta.

Cover image via @jefrimache (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda melihat situasi kereta di hadapan mengalami masalah ketika ingin membayar tol?

Kadangkala ia disebabkan baki tol yang tidak mencukupi yang menyebabkan kereta belakang perlu undur ataupun tunggu seketika.

Walaupun begitu, ada juga yang baik hati bantu bayarkan tol kereta yang tidak mencukupi baki itu.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi kisah ketika dia melihat seorang kanak-kanak turun dari kereta untuk membantu ibunya bayarkan tol telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Turun kereta tolong bayarkan, cepat-cepat masuk semula sebab takut kena tinggal

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika seorang kanak-kanak turun dari kereta untuk membayar tol.

Kereta ibunya itu kelihatan berjauhan sedikit dari kaunter bayaran dan menyebabkan ia sukar untuk membayar tol. Disebabkan itu, berkemungkinan mereka meminta pertolongan si cilik itu.

Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila selepas selesai membayar, si cilik itu bergegas masuk ke dalam kereta dan membuatkan ramai yang terhibur melihat telatah comelnya itu.

"Anak-anak aku sampai bergaduh kalau sampai dekat tol. Sebab masing-masing berebut nak tag. Lepastu mulalah maknya nak jadi singa" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 939.2K views, 37.7K likes dan 676 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Patutnya dia bawa masuk sekali je kadnya, ini dia bagi dulu baru masuk :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: