"No Boyfriend Till 2042" - Ayah Suruh Anak Kecil Sign Agreement Ini Undang Tawa Ramai
Dik, tahu tak sign apa?
Ibu bapa yang memiliki anak perempuan, pastinya akan memikir cara paling terbaik untuk menjaga anak mereka
Anak perempuan cara jagaannya sedikit berbeza dengan anak lelaki. Hal ini kerana, anak perempuan haruslah diberi lebih tumpuan supaya maruah dan keperibadiannya terjaga.
Oleh itu, ibu bapa pasti akan ada cara mereka yang tersendiri bagi memastikan anak perempuan mereka terjaga dengan baik.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi momen ketika dia menyuruh anak perempuannya tandatangan kontrak ini telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok si kecil sign, tapi tak tahu sign apa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @vikeymagic, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika dia dan anaknya ingin menandatangani sebuah kontrak.
Apa yang menghiburkan orang ramai adalah, kontrak itu adalah perjanjian untuk anaknya tidak memiliki teman lelaki sehingga tahun 2042. Malah, dia juga tulis "No boyfriend till 2042" pada baju sebagai tanda perjanjian.
Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur. Malah, ada yang berkata si cilik itu perlukan peguam kerana tidak memahami intipati perjanjian.
"Haha, anak dah besar nanti baru dia sedar. Nak tak nak kena ikut sebab dah sign contract" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 84.8K likes dan 2,892 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!