seismik

[VIDEO] Sempat Mengaji Sambil Push Rank Mobile Legend, Sikap Pemuda Ini Dipuji Ramai

Terbaiklah!

Cover image via @ayuniaishax_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesiapa yang main permainan online, bila kalah ataupun tersalah langkah pasti carutan yang benda pertama akan keluar betul tak?

Tambahan lagi bila kesalahan yang dibuat itu oleh kawan sendiri. Mesti banyak jenis carutan yang keluar disebabkan marah dengan individu itu. 

Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi ketika adiknya sedang bermain game Mobile Legends sambil mengaji telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayuniaishax_ Lama terdengr Dari jauh budak ni ngaji, pi laa intai sat.hmm sambil lagho gak#ngaji #fypmalaysia #capcut #ml #game #laluviral original sound - acha buah

Dari luar dah dengar ada orang mengaji, rupanya tengah main game

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayuniaishax_, kelihatan dia berkongsi situasi ketika adiknya sedang bermain game.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah adiknya sedang bermain game Mobile Legends tapi sambil mengaji.

Situasi itu membuatkan rata-rata netizen kagum dengan kebolehan adiknya itu. Malah, bait-bait sebutannya juga jelas dan dipuji ramai.

"Macam adik aku haha. Sambil dia push rank, sambil dia ulang hafalan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 435.2K views, 29.3K likes dan 164 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Hal ini kerana dengan cara itu membuatkan mereka mudah untuk menghafal sesuatu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Power lah dik! Jelas pula tu sebutannya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: