seismik

"Jangan Potong Banyak" - Wanita Kongsi Ragam Anak Ketika Sunat Ini Buat Ramai Terhibur

Haha, kelakarlah!

Cover image via @noruyle (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkhatan atau lebih dikenali sebagai istilah sunat adalah suatu amalan yang tidak asing lagi di Malaysia

Bagi orang Islam, setiap lelaki wajib untuk berkhatan. Proses berkhatan sememangnya kewajiban dalam Islam, tetapi ia juga akan jadi pengalaman yang menyeronokkan atau mungkin juga pengalaman yang mengerikan.

Iyalah, sebut saja kena sunat auto mereka yang lelaki ini rasa takut. Malah, akan ada saja ragam lucu mereka.  Ada yang lari, menangis dan ada juga yang steady berkhatan.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika anaknya sedang berkhatan itu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dia punya takut, siap sempat membebel depan doktor

Menerusi video yang dimuat naik oleh @noruyle, kelihatan dia menunjukkan gelagat anaknya semasa proses berkhatan.

Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila anaknya terlalu takut dan membuatkannya tidak berhenti bercakap. Sampaikan dia siap menyuruh doktor itu supaya jangan potong banyak.

"Doktor, doktor, doktor, jangan potong banyak-banyak. Sebab, sebab, sebab Ib nanti nak kencing susah", katanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Dia punya takut macam nak kena potong semua sekali" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 473K views, 17.3K likes dan 921 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anaknya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sempat lagi eh dik bebel dekat doktor :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: