[VIDEO] "Baby Siap Jeling" - Minta Susu & Tidurkan Anak Tapi Suami Pula Yang Dibuai Mimpi
Haha, muka dia.
Apabila sudah berumah tangga, menjadi kewajiban untuk pasangan terapkan sikap saling tolong-menolong
Jika si isteri tengah sibuk menguruskan perihal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya si suami kenalah bantu si isteri. Misalnya, bantu isteri dalam menguruskan tentang anak-anak.
Hubungan keluarga akan menjadi lebih bahagia jika banyak terapkan sifat bertoleransi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika suaminya nyenyak tidur semasa menyusukan anak ini telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Botol susu dah terjatuh, reaksi muka baby pula tak relax
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat suaminya ketika menyusukan anak mereka.
Namun, lain pula yang jadi apabila si suami sedang nyenyak dibuai mimpi ketika menyusukan anak. Si anak pula seolah-olah memahami.
Malah, dia siap menjeling ke arah bapanya seperti sedang menahan marah dek kerana botol susunya terjatuh.
Lihat video lain itu di bawah:
"Weh haha. The baby face seems i'm so done lol" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 2.7M views, 243K likes dan 3,480 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak-beranak itu
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!