seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Anak 'Terjun' Bendang Gara-Gara Ikut Tok Wan Ini Bikin Tawa Ramai

Boleh pula dia senyum pandang mak dia eh.

Cover image via @icasyg23 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda perasan, apa-apa sahaja kelakuan kita di depan anak pasti mereka akan meniru semula gaya tersebut

Misalnya seperti, kita sedang berborak sambil ketawa. Tiba-tiba sahaja dia juga turut ketawa seolah-olah memahami dengan apa intipati perbualan kita.

Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi ketika anaknya turun bendang gara-gara melihat tok wannya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@icasyg23 naya ang adik oi tokwan trjun bndang kleh blakang tau2 dia pon skali trjun dh###cucutokwan ##fypankkg Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

Ibu menjerit tengok anak tiba-tiba dah masuk dalam bendang

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu menunjukkan gelagat anaknya ketika terjun ke bendang rumahnya.

Difahamkan, pada awalnya dia melihat sahaja tok wannya itu turun terlebih dahulu. Mungkin ingin tahu apa yang dilakukan oleh tok wannya, si cilik itu pun sama-sama terjun ke bendang. Lebih melucukan lagi, kakinya dilihat sudah tenggelam dalam selut bendang itu.

Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur dan berkata ini baru betul anak jati kampung.

"Nasib cucu, kalau anak maunya dah kena marah dengan tok wan dia" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 8.2M views, 119.3K likes dan 875 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai dik, hang nak tolong tok wan semai padi ya? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: