Hasif Upin Buktikan Mampu Berjaya Melangkah Ke Pentas 'Calpis Soda One In A Million'
Inilah masa untuk serlahkan bakat terpendam!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi, Hasif Upin kini semakin mendapat perhatian apabila beliau berjaya menempah namanya ke peringkat seterusnya di pentas One In A Million (OIAM)
Image via TV3 Malaysia
Pada mulanya, beliau telah memuat naik video uji bakat secara dalam talian di platform TikTok, tetapi tidak menyangka apabila dapat tahu uji bakat secara terbuka ada di Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru. Beliau dengan tidak teragak-agak ingin mencuba nasib ke sesi uji bakat terbuka di KJH JB baru-baru ini.
"Saya tahu tentang OIAM, tapi tak sangka ada sesi ujibakat dekat Johor! Baju pun tak sempat nak prepare betul-betul.
"Sebelum saya masuk audition OIAM ni pun, saya dah anggap macam saya ni seperti peserta lain. Orang biasa lah kita katakan. Walaupun saya dah bergelar penyanyi, tapi bagi saya bakat-bakat baharu di luar sana memang hebat-hebat belaka. Jadi, kalau ada rezeki untuk menang, saya akan bersyukur," katanya.
Nak buktikan kepada semua bahawa ada bakat menyanyi yang tersendiri dan ingin membuka mata pendengar yang beliau boleh pergi ke peringkat yang lebih besar di masa akan datang
Bagi Hasif sendiri, beliau pernah sampai merasakan beliau ini bukan seorang penyanyi atau artis pun dek kerana tidak dapat sokongan yang kuat.
Walaupun sudah berada di pentas terbesar iaitu AJL, Hasif tetap merasakan bahawa pencapaiannya masih belum memadai. Beliau merasa seolah-olah menjadi bayang-bayang di belakang Ziana Zain, yang membuatnya terfikir tentang keinginan untuk bersinar lebih terang di industri muzik.
"Sebenarnya, hadiah ini adalah bonus bagi saya. Yang paling penting, saya ingin menunjukkan bakat dan persembahan saya kepada netizen. Sejak dulu lagi, saya telah bercita-cita untuk menyertai program realiti TV, tetapi hingga kini, belum ada rezeki untuk melakukannya.
"Saya sebenarnya tak betul-betul puas menyanyi semasa di AJL walau bagaimanapun, AJL adalah satu pentas yang besar dan diberi pula peluang untuk berduet bersama Kak Ziana Zain pada waktu itu. Jadi saya sendiri rasa saya tak cukup puas untuk mempersembahkan bakat saya di pentas itu. Tapi saya bersyukur, jadi kalau sejujurnya untuk seseorang penyanyi, saya cuma ingin menunjukkan bakat saya ni dengan lagi meluas," katanya lagi.
Image via TV3 Malaysia
Sudah anggap Ziana Zain seperti ibu sendiri di dalam industri seni tanah air, malah sering dapat kata-kata semangat untuk terus berjuang dan jangan mengalah
Image via Kosmo!
Jika sebelum ini kita melihat Hasif di pentas bersama Ziana Zain, kali ini beliau cuba untuk tampil solo dan menempah namanya dengan sendiri. Beliau akan membuat persediaan dari segi mental, memastikan cukup rehat dan menjaga kesihatan.
Selain itu, sebagai persediaan, beliau akan menghentikan sesi live di TikTok buat sementara waktu untuk memberi tumpuan pada latihan vokal.
"Ini penting bagi saya untuk meningkatkan diri dan memastikan saya lebih bersedia dalam dunia nyanyian dan pertandingan menyanyi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment