Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hati-Hati Ambil Tempahan Katering 'Kerajaan' Dari WhatsApp, Modus Operandi Terbaru Scammer

Scammer kononnya akan berlakon jadi pihak 'kerajaan' menggunakan sistem e-Perolehan tapi sebenarnya majlis tak wujud.

Cover image via @faizandasuki (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular apabila seorang pengusaha syarikat katering berkongsi telah menerima tempahan yang tidak wujud

Perkongsian itu didedahkan oleh pemilik syarikat katering, Faizan Dasuki yang memberitahu sindiket penipuan atau scammer berkenaan akan menghubungi syarikat untuk membuat tempahan.

Menurutnya, tempahan majlis makan malam tersebut dibuat tidaklah begitu besar, kebiasaannya ia dihadiri oleh 80 hingga 100 orang sahaja.

"Scammer ini akan berurusan menerusi Whatsapp terlebih dahulu. Bila kita setuju terima tempahan, mereka akan bagi butiran tempahan dengan bayaran yang lumayan.

"Butiran ini macam hendak lantik syarikat katering, kemudian mereka (scammer) akan minta sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan akaun bank serta dokumen lain untuk buat e-Perolehan.

"Kemudian pesanan kerajaan local order (LO) dihantar dalam bentuk PDF untuk kita cop dan tandatangan," katanya.

Untuk pengetahuan anda, ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.

ePerolehan bertindak sebagai medium utama untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Aplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep "paperless" atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.

Image via @faizandasuki (TikTok)

Dakwa pembekal doorgift juga scammer

Tambahnya, bila syarikat katering kembalikan dokumen yang sudah lengkap itu bermakna umpan sindiket sudah pun masuk 'perangkap'.

"Lazimnya dalam banyak kes, beberapa jam sebelum tempahan makanan dihantar ke lokasi, scammer ini akan menghubungi sekali lagi kononnya mahu menambah tempahan.

"Selepas itu mereka maklumkan pula mahu membuat tempahan doorgift untuk diberikan kepada tetamu yang hadir," katanya.

Selain itu, dia juga mendakwa pembekal doorgift juga adalah terdiri daripada scammer.

"Kos doorgift katering kena bayar dulu kepada pembekal sebelum dihantar kepada pelanggan dan kita sebagai katering akan buat tuntutan bayaran dalam invois yang disekalikan dengan jumlah kos tempahan makanan dan boleh dapat untung lebih," katanya.

"Harga doorgift untuk seorang tetamu bernilai RM50 dan biasanya jumlah bayaran dikenakan untuk doorgift sahaja sudah cecah RM10,000.

“Kalau kita tamak dan terus bayar kepada pembekal (scammer) kerana yakin boleh tuntut lebih bayaran dengan pelanggan, kita silap.

"Bila kita hantar tempahan ke lokasi atau dewan yang dijanjikan rupa-rupanya majlis itu tidak wujud, tidak ada siapa yang terima tempahan itu, LO juga palsu dan ketika itu barulah kita sedar sudah ditipu,"
katanya.

Menurutnya, jika pengusaha katering menerima tempahan majlis makan malam perlu disemak dengan teliti jika ianya hendak dibayar menggunakan LO, pastikan LO itu dibuat menerusi pelawaan sistem e-Perolehan.

Lihat video penjelasan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment