Hidap Disleksia & ADHD Bukan Penghalang Pelajar Ini Raih Anugerah Cemerlang Di Sekolah
Mesti bangga ibu ayahnya. Tahniah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar berjaya meraih anugerah cemerlang di sekolahnya
Pelajar yang bernama Marissa itu mendapat anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya. Perkara tersebut membuatkan ibu bapanya bangga terhadap dirinya.
Apa yang lagi membuatkan ramai terpegun sebenarnya Marissa menghidap penyakit Disleksia dan ADHD.
Image via @jarimarissa (TikTok)
Penyakit bukan halangan untuk seseorang itu berjaya dalam pendidikan
Menurut sumber, disleksia adalah gangguan pembelajaran yang memberi kesan terhadap keupayaan untuk membaca, mengeja, menulis dan bercakap.
Bagi mereka yang mengalaminya, otak memproses bahan bertulis secara berbeza sehingga menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran.
Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD pula akan membuat anak-anak rasa susah untuk memberi perhatian dalam satu masa.
Menerusi video itu, dapat dilihat Marissa melukis pada tabletnya sambil menunggu keputusan.
Image via @jarimarissa (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Sangat inspiring, semoga dapat dijadikan teladan buat semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment