[VIDEO] Gelagat Ayah Minta Izin Sebelum Nikahkan Anak Perempuannya Buat Ramai Tersentuh
Cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak perempuan memang rapat dengan ayahanda
Mana tidaknya, cinta pertama seorang anak perempuan ialah ayahnya. Pada hari pernikahan, ayah lah orang paling utama kerana menjadi wali untuk menikahkan anak perempuannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kemesraan seorang ayah dan anak perempuan sewaktu majlis pernikahan.
Minta izin sebelum nikahkan anak perempuan
Menerusi video berkenaan, majlis nikah itu diadakan di sebuah masjid.
Menerusi video berdurasi 20 saat, seorang lelaki yang merupakan ayah kepada pengantin perempuan dilihat sedang meminta izin kepada anaknya untuk menikahkan pengantin perempuan tersebut.
Gelagat comel mereka berdua itu membuatkan ramai tersentuh dan berasa sebak.
"Abah tutup sedih dengan ketawa tapi menitik air mata depan anak perempuan dia. Abah always menjadi lelaki pertama dalan hati angah." tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!