[VIDEO] Gadis Akhirnya Dapat Jumpa & Peluk Ibu Selepas 27 Tahun Terpisah, Sebak!
Siapalah potong bawang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tiada tandingan
Tidak dinafikan, ibulah yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anaknya. Anak-anak akan hilang arah apabila kehilangan ibunya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang gadis mencari dan ingin berjumpa dengan ibunya.
Bertemu kembali selepas 27 tahun berpisah
Menerusi video berkenaan, kelihatan gadis itu menuju ke rumah ibunya. Setiba saja di rumah, ibunya menerima surat dan dibaca bersama ahli keluarganya.
Tidak lama kemudian, wanita itu dilihat memeluk anaknya sebelum memastikan nama gadis di depan pintu itu Raisa. Mereka akhirnya dilihat berpelukan sambil menahan sebak selepas 27 tahun terpisah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!