Gadis Luar Negara Review Baju Olimpik Atlet Malaysia & Dakwa Macam Pakaian Sukan Sekolah
Malunya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum ketahui, upacara perasmian pakaian rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bagi kontinjen Malaysia telah berlangsung pada Ahad lalu
Pakaian rasmi para atlet telah menjadi satu kebanggaan negara dan perkara itu membawa imej negara di persada dunia.
Selain kontinjen Malaysia, negara lain juga melancarkan pakaian rasmi atlet mereka. Tidak dinafikan, semuanya sangat menarik sehingga terlihat seperti pertunjukan fesyen.
Namun, baru-baru ini ramai yang kecam baju rasmi negara Malaysia kerana kelihatan tidak setanding dan secantik baju negara lain.
Seorang gadis luar negara dilihat memberi komen negatif kepada baju atlet Malaysia
Menerusi video berkenaan, gadis itu disuruh untuk komen pada baju rasmi atlet Malaysia.
Pada awalnya, dia mengatakan gimik perasmian itu sangat suspen apabila kain biru meliputi dan menutupi baju pada patung-patung mannequin.
Dia juga mengkritik mengapa ia harus diperagakan oleh patung mannequin sedangkan Malaysia mempunyai populasi sehingga 34 juta orang.
Gadis itu juga mengatakan baju rasmi kita seperti baju sukan sekolah awam dan ia tidak membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!