seismik

"Ia Di Luar Bidang Kuasa KBS & MSN Malaysia" - Hannah Yeoh

Ada yang cakap sempat lagi nak tukar.

Cover image via @olymopicmas & SAYS

Tular baru-baru ini di sosial media apabila Majlis Olimpik Malaysia memuat naik gambar pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024, telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Pakaian rasmi itu telah dilancarkan pada 23 Jun, 2024 sempena sambutan Hari Olimpik 2024 yang diadakan di The Exchange, TRX dan beberapa keping gambar telah dimuat naik oleh Majlis Olimpik Malaysia di Instagram.

Menurut kapsyen pada hantaran tersebut, kontinjen Malaysia akan dilengkapkan dari kepala hingga kaki oleh Yonex Sunrise Malaysia dengan pakaian bertema emas untuk mencerminkan usaha Malaysia yang tidak henti-henti mengejar pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman ramai apabila ramai yang menganggap rekaan pakaian tersebut jelik dan kelihatan seperti pakaian sukan sekolah

Susulan itu, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh telah menjawab persoalan orang ramai mengenai isu tersebut di laman X

Hmm jadi apa pendapat anda?

You may be interested in: