seismik

[VIDEO] Melapah Kucing Guna Pisau, Tindakan Kejam Lelaki Warga Asing Diburu

Ganjaran RM3,000 diberikan kepada sesiapa yang dapat jejak pelaku itu.

Cover image via Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, kita pasti tahu bahawa kucing adalah haiwan kegemaraan Nabi

Tidak kisah haiwan apa pun, kita sebagai manusia tidak boleh menyeksa dan mencederakan mereka. Namun, baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sengaja membunuh kucing.

Video tersebut dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association di laman Facebook. Menerusi video itu, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai adalah warga asing telah bertindak kejam dengan melapah seekor kucing dengan pisau.

Suspek yang sedang melapah kucing itu dipercayai warganegara Myanmar. Mengikut sumber maklumat, suspek disyaki bekerja di sebuah kedai makanan ringan di Klang, Selangor.

Persatuan Haiwan Malaysia memberi ganjaran wang tunai bagi sesiapa yang dapat jejak pelaku kejam itu

Siasatan menyeluruh telah dilaksanakan bagi memastikan pelaku menerima denda yang setimpal. Pihak berkuasa juga mengenal pasti apakah tujuan pelaku itu, adakah iat mematikan kucing sama ada ia bertujuan untuk dijadikan makanan atau bertujuan suka-suka.

Ganjaran RM3,000 ditawarkan kepada saksi yang menyalurkan maklumat dan boleh mengesahkan pelaku dibuktikan bersalah. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Kejam betul, semoga pelaku cepat ditangkap!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: