seismik

Stadium Nasional Bukit Jalil Kini Boleh Digunakan Secara Percuma Untuk Hari Sukan Sekolah

Sekolah-sekolah kerajaan dan swasta dialu-alukan untuk menganjurkan kejohanan sukan sekolah di stadium tersebut.

Cover image via Sweet Like Candy & Vocket

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Parlimen baru-baru ini memutuskan sekolah-sekolah boleh menganjurkan Hari Sukan secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil

Menerusi posting Hannah Yeoh di laman Facebooknya, beliau berkongsi berita baik ini untuk semua yang terlibat.

Tawaran ini dibuka kepada seluruh sekolah. Penggunaan trek dan kemudahan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara dan padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta juga boleh ditempah secara percuma tertakluk kepada kekosongan.

"Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah di sekitar kemudahan terlibat dengan lebih 13 ribu murid menerima manfaat. Kementerian ini bersedia untuk meneliti usaha memperluas pelaksanaan inisiatif ini melibatkan kemudahan-kemudahan sukan lain di bawah Kementerian." tulisnya.

Sebelum ini, bayaran dikenakan untuk sewaan di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sebelum inisiatif pengecualian sewaan ini dilaksanakan, sebanyak RM3,000 kadar sewaan dikenakan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk separuh hari penggunaan dan RM5,000 untuk 1 hari penggunaan.

Manakala bagi sekolah-sekolah bukan milik kerajaan perlu membayar sewa RM4,000 untuk separuh hari penggunaan dan RM8,000 untuk 1 hari penggunaan.

Oleh sebab itu, inisiatif ini dilaksankan oleh KBSMalaysia dan Perbadanan Stadium Malaysia untuk memudahkan lagi penganjuran kejohanan sukan di peringkat sekolah mulai Oktober 2023.

Image via Vocket

Sekolah-sekolah kerajaan dan swasta dialu-alukan untuk menganjurkan kejohanan sukan sekolah di fasiliti sukan seliaan KBS. 

Tempahan fasiliti bolehlah dibuat melalui mana-mana medium berikut:

Telefon: 03-89920888
E-mel: [email protected]
Hadir ke PSM: 
Bahagian Pemasaran Dan Pengurusan Acara
Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: