seismik

Buat Live Kutuk Ex-Staff Belajar Setakat SPM, Gadis Mulut Puaka Ini Dikecam Ramai

Difahamkan, gadis tersebut bekerja sebagai penjual kereta.

Cover image via @onlyyouperson (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, persekitaran kerja yang toksik membuatkan pekerja tidak selesa

Bukan setakat tidak selesa, malah ada yang tidak tahan dengan perangai officemate yang selalu mengutuk dan bertindak negatif.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang gadis mengutuk bekas rakan kerja di TikTok Live. Dua orang gadis itu bekerja sebagai penjual kereta.

Menerusi video berkenaan, gadis itu mengutuk pemakaian bekas rakan kerjanya yang seperti bekerja bank.

"Dia exam tak lulus, action datang kerja, baju dah lah colour lain, patutnya pakai baju putih, seluar hitam kasut hitam, macam orang kerja bank," katanya.  

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila gadis itu merendahkan bekas rakannya dengan berkata 'belajar setakat SPM'.

Gadis itu juga menegaskan bahawa leader mereka perlukan lelaki yang segak, handsome dan tak sombong.

"Baguslah dia berhenti kerja, dia action, dia rasa dia kacak sangat ke? Dah lah tak handsome, muka macam gayboy, muka putih melepak, lempang kang," katanya.

Video tersebut 'kantoi' dekat bekas rakan kerja

Disebabkan tidak tahan dengan perangai rakan kerja yang toksik, lelaki itu berhenti kerja. 

Lihat video penuh itu di bawah:

InsyaAllah ada rezeki lain bang, orang toksik macam ni patut dijauhkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: