Jemaah Haji Indonesia Pulang Ke Tanah Air Siap Berbaju Labuci - “Macam Nak Pergi Dinner”
Difahamkan, perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis Indonesia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang diketahui umum, kebanyakan keluarga sedang menantikan kepulangan ahli keluarga mereka dari tanah suci
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah haji turun daripada pesawat dengan baju yang sangat cantik. Perkara itu membuatkan orang ramai pelik melihat fesyen mereka.
Pulang dengan baju macam nak pergi dinner
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat jemaah haji itu terutamanya para wanita mengenakan pakaian yang cantik-cantik.
Ada yang mengatakan fesyen mereka seperti pergi ke sambutan makan malam kerana baju mereka penuh dengan labuci dan ropol-ropol.
Difahamkan, perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis di Indonesia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!