HUAWEI Langkau Ke Masa Hadapan Dengan 3 Peranti 'Smart Life' Yang Canggih & Futuristik!
Sentiasa terhubung.
Artikel ini ditaja oleh HUAWEI Malaysia.
Sedar tak sedar, kita dah semakin menghampiri tahun 2020
Image via entrepreneur.com
Dengan dunia yang makin canggih dan mencabar ni, kesibukan kerja dan komitmen hidup membuatkan kita langsung lupa untuk menggembirakan diri sendiri. Kadang-kadang tu, nak berehat pun tak sempat.
Tapi, sampai bila kita nak biarkan semua ni? Pasti setiap orang nakkan hidup yang lebih teratur, sihat dan berwarna warni agar boleh menikmati kehidupan dengan lebih bermakna, kan?
Sama seperti bagaimana fungsi 3 peranti terbaru dari HUAWEI ini yang dapat memudahkan kehidupan korang
Jom kami kongsikan 3 peranti pintar HUAWEI yang wajib dimiliki untuk gaya hidup lebih pintar!
1. HUAWEI FreeBuds 3
Balik kerja, terburu-buru kejar tren atau bas, mesti korang inginkan waktu tersendiri sepanjang perjalanan ke rumah, kan? Selain belek media sosial, apa kata sumbat earphone, dengar lagu dan relaks. Nak lagi syok, gunalah HUAWEI FreeBuds 3!
Image via HUAWEI
Ciri paling menarik pada HUAWEI Freebuds 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif. Ini bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan. Oh ya, HUAWEI Freebuds 3 ni juga mempunyai fungsi ‘reverse charging‘ dengan Mate 30 Pro korang tau!
Ia juga didatangkan dengan sokongan isyarat sentuhan, sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 dan sensor suara terbina. Freebuds 3 juga menggunakan chipset Bluetooth Kirin A1 dan menjadi earbuds pertama di dunia yang hadir dengan sokongan sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 (Bluetooth Low Energy).
Harga rasmi di Malaysia untuk HUAWEI FreeBuds 3 adalah bermula daripada RM729.
2. HUAWEI Watch GT 2
Image via Expert Reviews
Kadang-kadang tu walaupun cuti, tapi still kena buat kerja dan jawab panggilan telefon daripada bos atau client. Serba salah dibuatnya bila nak buat aktiviti sendiri atau luang masa dengan keluarga, tapi korang kena menghadap fon je. Haa.. dengan HUAWEI Watch GT 2, korang dah takde masalah ni.
Image via GSM Online
HUAWEI telah menambah panggilan bluetooth pada HUAWEI Watch GT 2 untuk pertama kalinya yang membolehkan pengguna membuat panggilan pada jarak sehingga 150m daripada peranti.
HUAWEI Watch GT 2 juga tampil dengan reka bentuk serba baru, ketahanan bateri sehingga 2 minggu dan dua versi yang berbeza iaitu 46mm & 42mm. Bagi spesifikasi, Watch GT 2 (42mm) datang dengan paparan bersaiz 1.2' AMOLED (390-390 piksel). Manakala, Watch GT 2 (46mm) pula dilengkapi paparan 1.39'.
Image via HUAWEI
Ruang penyimpanan juga agak besar iaitu 2GB. Ia juga boleh mengesan sehingga 15 jenis aktiviti sukan termasuk berjalan kaki, mendaki dan banyak lagi. HUAWEI Watch GT 2 turut dibekalkan dengan sokongan rintangan air sehingga 50m dan mampu mengesan kadar jantung pengguna setiap 10 minit tanpa menjejaskan jangka hayat bateri.
Kalau korang bosan dengan wallpaper yang sama pada skrin HUAWEI Watch GT 2, korang boleh tukar wallpaper kegemaran dengan ciri WatchFace yang disediakan.
Harga rasmi di Malaysia untuk HUAWEI Watch GT 2 adalah bermula daripada RM799.
3. HUAWEI x Gentle Monster Eyewear
Image via HUAWEI
Kaca mata boleh mainkan muzik? Siap boleh jawab call? Ya, korang tak salah baca. Kaca mata pintar HUAWEI x Gentle Monster ni bukan je akan buatkan korang kelihatan stylo, tetapi juga ia mempunyai fungsi yang sangat menarik!
Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01. Apa yang menariknya, ia hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti boleh menerima atau menamatkan panggilan.
Image via Tech Advisor
Selain itu, ia juga membolehkan pengguna memainkan atau menghentikan lagu kegemaran korang sewaktu melakukan apa jua aktiviti. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar degan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah dua kaca mata hitam dengan rekaan yang berbeza.
Harga rasmi di Malaysia untuk Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah RM1,599.
Padankan dengan HUAWEI MATE 30 Series untuk pengalaman menakjubkan!
Image via HUAWEI
Kalau nak lagi sempurna, pastikan korang miliki telefon pintar HUAWEI Mate 30 Series dan HUAWEI Matebook 13, yang membolehkan pengguna memindahkan fail, gambar atau video kepada laptop pada masa yang singkat melalui fungsi ‘One Tap’.
Lebih menarik, dengan ciri kolaborasi Multi-skrin yang terdapat pada HUAWEI Mate 30 Pro dan HUAWEI MateBook 13, korang boleh berkongsi skrin hanya dengan satu tap. Memang terbaik!
Image via HUAWEI
Emm... peranti HUAWEI Smart Life ni semua dah tip-top, tapi adakah korang ada masalah line WiFi lembap, video selalu buffering, WiFi asyik disconnected? Sekarang korang dah boleh ucapkan selamat tinggal pada semua masalah tu sebab HUAWEI Q2 Pro router WiFi akan sentiasa memastikan sambungan WiFi korang kekal lancar sama ada di dalam atau pun di luar rumah.
Apa lagi yang korang tunggu?
Jadikan gaya hidup korang lebih teratur dan pintar dengan bantuan teknologi terbaik daripada peranti HUAWEI! Gaya hidup pintar inilah yang kita mahukan untuk masa hadapan.
Image via HUAWEI
Sebarang maklumat lanjut tentang harga peranti HUAWEI Mate 30 Series, Kaca Mata Pintar HUAWEi x Gentle Monster, HUAWEI Watch GT 2, HUAWEI FreeBuds 3 dan HUAWEI MateBook 13, layari laman Facebook HUAWEI dan laman web HUAWEI sekarang!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
HUAWEI Mate 30 Pro dengan HUAWEI Watch GT 2 ni memang power!
Leave a comment