Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hukum Basuh Tangan Guna Air Sirap Kenduri, Ini Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus

Sesiapa yang selalu buat macam ini, tolong baca dan ingat.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika sebelum ini Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah tular apabila mengatakan hukum lelaki mengorat isteri orang lain, terbaru sebuah lagi kenyataan beliau telah tular di media sosial

Menerusi ceramah beliau yang dimuat naik pihak tertentu, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum menggunakan air sirap di kenduri bagi tujuan membasuh tangan adalah haram.

Selain itu, UAI juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan ‘air sirap kenduri’ sebagai air basuhan kerana perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat khususnya kepada individu yang malas berjalan untuk ke tempat mencuci tangan.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, UAI berkata tindakan itu haram kerana tuan rumah menyediakan air sirap sebagai minuman.

"Kalau pergi rumah orang kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram.

"Ramai orang basuh (guna air sirap). Dia malas nak berjalan sebab paip jauh. Dia ambil sirap itu.

"Kerana air itu disediakan oleh tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Ha kena jaga, jangan buat lebih kurang,"
jelasnya.

UAI mengingatkan meskipun perkara ini dilihat remeh dan menjadi kebiasaan, beliau berpesan agar berjaga-jaga dengan perkara ini agar tidak terlibat perkara yang haram.

Image via Bisnes AIR Balang (Facebook)

"Ya betul, ini lebih kepada adab" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 151.9K tontonan, 8.1K tanda suka dan 140 komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @abdmanbindin (TikTok)

Image via @abdmanbindin (TikTok)

Image via @abdmanbindin (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Admin pun baru tahu hukumnya haram :o

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment