Lelaki Ini Ajar Adab Buang Air Kecil Dalam Hutan, Bukan Dengan Minta Izin 'Tok Nenek'
Semoga bermanfaat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kita acap kali dengar tentang nasihat apabila masuk ke hutan
Dulu, sering kali terdengar ayat meminta izin seperti ‘Tok nenek, cucu minta izin untuk lalu’ apabila ingin buang air kecil dalam hutan.
Tular baru-baru ini, sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki yang sering memuat naik video tips semasa berada di dalam hutan telah menunjukan cara yang betul serta beberapa larangan untuk membuang air kecil.
Cara yang betul adalah dengan membuang air kecil pada batu-batu yang terdapat di dalam hutan berdekatan dengan sungai.
Tetapi, jika berada di lokasi yang jauh dari sungai, anda perlu membuat lubang kecil di tanah untuk melaksanakan keperluan tersebut, dan pastikan untuk menutupnya semula selepas selesai.
“Jangan kencing pada lubang-lubang, terutamanya lubang yang mempunyai binatang dan seterusnya kalau nampak laluan semut, jangan lah kencing, aniaya nanti,” jelasnya.
"Ilmu yang bermanfat, teruskan usaha" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 874K tontonan, 71.6K tanda suka dan 1.6K komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!