seismik

Layan Isteri Dengan Baik, Ramai Tersenyum Lihat Gelagat Pasangan OKU Ini

Semoga sentiasa bahagia hingga ke jannah.

Cover image via @ytf_albarokah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua pasangan mengimpikan kebahagiaan setelah berkahwin, lebih-lebih lagi jika memiliki pasangan yang memahami

Sebab itu, suami atau isteri digalakkan untuk sentiasa berusaha menggembirakan hati antara satu lain dan menerima kekurangan pasangan.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh gerai Yong Tau Foo Al Barokah di TikTok kebahagiaan pasangan suami isteri ketika membeli makanan di sebuah gerai menjual Yong Tau Foo di pasar malam.

Menerusi video tersebut memaparkan pada awalnya kelihatan pasangan suami isteri sedang sibuk memilih beberapa jenis makanan untuk hidangan Yong Tau Foo di gerai tersebut.

Apa yang menjadi perhatian apabila si suami hanya mengikut apa yang diinginkan oleh isterinya. Malah, dia siap bertanya makanan yang manakah lagi diinginkan oleh isteri tersayangnya itu.

Menurut gerai berkenaan kebiasaannya para suami yang datang ke kedai tersebut akan meminta si isteri untuk tidak mengambil berlebihan kerana bimbang jika tidak habis.

“Suka tengok pasangan suami isteri ini, dia akan tanya isterinya ‘nak apa lagi’.

“Selalunya ramai suami akan kata ‘dah lah tu nanti tak habis makan’,” tulisnya dalam video tersebut.

Dalam video itu juga dapat dilihat wajah lelaki berkenaan penuh gembira melayan isterinya sambil tersenyum.

"Murah rezeki dia sebab lebihkan isteri, bagus dapat suami macam ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.7M tontonan, 128.1K tanda suka dan 2K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Lihat video penuh itu di bawah:

@ytf_albarokah semoga pasangan ini kekal sampai syurga.. dan semoga semua pelanggan yong tau foo al barokah diberkati dan dirahamti Allah sentiasa hendaknya .. #streetfood #yongtaufoo #kuahmaniskuahpedas #since1990 #tilljannah #customerisalwaysright Sayang Sampai Mati - Repvblik

Kasih sayang antara mereka sangat kuat <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: