seismik

Pengerusi MARA Tegur Ibu Bapa Sanggup Tipu Pendapatan Demi Anak Diterima Masuk MRSM

Salah satu kategori selfish dah ni.

Cover image via Berita Harian & MRSM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mengingatkan ibu bapa supaya tidak menipu pendapatan untuk dikategorikan dalam golongan B40 supaya anak mereka diterima memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Umum mengetahui bahawa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang terkemuka di Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelajar golongan B40.

Menerusi laporan Buletin TV3, Dr Aysraf Wajdi mengatakan bahawa tindakan terbabit katanya memberi kesan kepada pelajar miskin lain kerana hak mereka telah diambil.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” katanya.

Tidak pernah ada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM sejak penubuhan institusi pendidikan itu, tetapi keutamaan tetap diberikan kepada anak daripada golongan berpendapatan rendah.

Dasar MARA menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah dalam kalangan B40, manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: