Si Bulus Disangka Kucing PDRM Ini Ternyata Bukan, Rupanya Pemilik Sengaja Pakaikan Baju K9
Ingatkan PDRM dah ambil khidmat kucing juga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini di media sosial memaparkan rakaman berita di sebuah televisyen tempatan memaparkan seekor kucing yang memakai baju Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9)
Ramai yang beranggapan unit K9 kini sudah mula menyerap kucing juga selain anjing yang kerap kali kita lihat di mana-mana lokasi jenayah.
Namun, menerusi laporan Kosmo ternyata kucing tersebut bukanlah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi kepunyaan salah seorang penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Difahamkan pemilik tersebut dengan sengaja memakaikan baju K9 yang dibelinya melalui platform e-dagang kepada kucingnya sebagai sebahagian dari ‘bantuan’ untuk siasatan.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut serta dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
“Tapi kucing ni bukan unit K9 punya. Ada pemiliknya. Tuan dia duduk apartmen di situ dan memang sengaja pakaikan baju ni,” kapsyen pengguna berkenaan.
PDRM masih menggunakan unit anjing sebagai pengesan
Meskipun jarang sekali PDRM menggunakan kucing dalam unit K9 tetapi perkara ini dianggap biasa di luar negara.
Kucing seperti ini berada dalam unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!