11 Lokasi Menarik Untuk Ibu Bapa Bawa Anak-Anak Ketika Cuti Sekolah. Jom!
Sangat sesuai untuk keluarga yang nak pergi bercuti tetapi masih mahu berjimat-cermat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila tiba musim cuti persekolahan, mesti ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah merancang atau terfikir tempat untuk bawa anak-anak melakukan aktiviti santai dan menyeronokkan bukan?
Tapi kalau asyik pergi tempat yang sama sahaja, mesti anak-anak pun sudah bosan.
Jadi, jangan risau jom kami bantu anda dengan menyenaraikan 11 lokasi menarik yang juga dapat menjmatkan perbelanjaan sekali!
1. KidZania
Bila tanya anak-anak bila besar nanti nak jadi apa, mesti mereka terpinga-pinga lagi. Mungkin masih tiada bayangan lagi tentang bidang pekerjaan yang diminati.
Apa kata cuti sekolah ini anda cuba untuk beri pendedahan sedikit tentang jenis pekerjaan yang wujud dengan pergi ke KidZania?
Lokasi: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Harga tiket:
- Bayi bawah satu tahun Percuma
- Kanak-kanak 2-3 tahun: RM48
- Kanak-kanak 4-17 tahun: RM100
- Dewasa 18-60 tahun: RM61
- Warga emas 61 tahun dan ke atas: Percuma
2. SuperPark Malaysia, Avenue K
Di sini terdapat lebih 20 jenis aktiviti yang anda boleh lakukan. Antaranya melompat di trampolin, berlumba kereta, ice skating, tube slide, Clip n’ Climb dan sebagainya.
Lokasi: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Harga tiket:
3. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon bukan sahaja tempat yang boleh bermain air, malah Sunway Lagoon juga mempunyai tempat untuk berkhemah dan juga 'Night Park'.
Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Harga tiket:
Jika anda bukan jenis yang suka beratur lama ketika menunggu giliran untuk setiap tarikan, boleh ‘upgrade’ tiket anda dengan ‘Quack Xpress’ berharga RM85.
- Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah: RM130
- Dewasa berusia 13 tahun dan ke atas: RM155
- Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas: RM130
4. KL Hop-On Hop-Off
Kepada anda yang mahu bawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur tetapi tidak mahu memandu dalam keadaan jalan raya yang sesak atau ingin jimat minyak kereta, apa kata anda menaiki bas KL Hop-On Hop-Off kerana anda akan berpeluang untuk melawati 12 tarikan menarik di KL.
Antara lokasi tersebut seperti di bawah:
- Sungai Wang Plaza
- Saloma Link
- Menara KL
- China Town
- Pasar Seni
- Little India
- KL Sentral
- Istana Negara
- Dataran Merdeka
- River of Life
- Istana Budaya
- KLCC
Lokasi berkumpul:
- Hentian 1, Bukit Bintang bersebelahan pintu masuk utama Sungei Wang Plaza.
Harga tiket:
- Warganegara Malaysia bagi dewasa RM35 dan bagi kanak-kanak RM20 sahaja.
- Bukan warganegara Malaysia bagi dewasa RM35 dan bagi kana-kanak RM30 sahaja.
5. Farm In The City
Anda juga boleh berkunjung ke Farm In The City untuk berjumpa dengan lebih 100 spesies haiwan eksotik dan mesra mannusia.
Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Harga tiket:
- Kanak-kanak 11 tahun ke bawah RM32 sahaja.
- Dewasa 12 tahun ke atas hanya RM39 sahaja.
- Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas hanya RM32 sahaja.
6. Putrajaya Cruise Ride
Untuk buat anak-anak anda tidak berasa bosan kerana menggunakan pergerakan fizikal, anda boleh bawa anak-anak anda menaiki bot untuk menikmati keindahan sekitar Putrajaya.
Kalau anda bawa anak-anak ke sini, mesti mereka teruja sebab bukan selalu mereka dapat ‘bergerak’ di atas air.
Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya.
Harga tiket:
7. Sky Box Menara Kuala Lumpur
Kepada anda yang teringin nak tengok pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tempat tinggi, inilah lokasi yang paling sesuai.
Lokasi: Menara Kuala Lumpur No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
Harga tiket:
- Bagi warganegara Malaysia untuk kanak-kanak hanya RM37 dan untuk dewasa hanya RM71 sahaja.
- Bagi bukan warganegara Malaysia untuk kanak-kanak hanya RM65 dan untuk dewasa hanya RM110 sahaja.
8. Aquaria KLCC
Aquria KLCC adalah salah satu tarikan menarik di KL kerana dapat melihat pelbagai jenis haiwan di laut.
Pengunjung juga boleh memberi makan serta memegang sesetengah haiwan laut di bawah pemantauan pekerja di situ.
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Harga tiket:
- Kanak-kanak 3 tahun ke atas RM39.
- Dewasa hanya RM49.
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas hanya RM39.
9. Kuala Lumpur Upside Down House
Cuba bayangkan kalau anda hidup dalam keadaann rumah terbalik, macam mana perasaan anda ketika itu?
Kuala Lumpur Upside Down House memang lain daripada yang lain sebab rumah ini memang sengaja direka secara terbalik dan hiasan dalam rumah ini juga disusun secara terbalik.
Lokasi: KL Tower, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
Harga tiket:
- Kanak-kanak hanya RM15, manakala dewasa hanya RM20 sahaja.
10. 99 Wonderland Park
Jika anak-anak anda seorang pecinta haiwan, 99 Wonderland Park adalah lokasi yang sangat sesuai kerana terdapat pelbagai jenis haiwan di sini yang boleh diberi makan dan dilihat pada jarak dekat.
Apa yang lebih menarik lagi, anda boleh bawa anak-anak anda menaiki bot dan melihat pertunjukan air pancut di tasik tersebut.
Lokasi: 99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Harga tiket:
- Isnin sehingga Khamis (9AM – 4PM)
- Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Ada MyKad): RM25
- Dewasa (Ada MyKad): RM45
- Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Tiada MyKad): RM40
- Dewasa (Tiada MyKad): RM70
- Jumaat – Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (5PM – 12AM)
- Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Ada MyKad): RM30
- Dewasa (Ada MyKad): RM55
- Kanak-kanak/ Warga Emas/ OKU (Tiada MyKad): RM50
- Dewasa (Tiada MyKad): RM80
11. Bangi Wonderland
Jika anak-anak suka bermain air atau mandi-manda, Bangi Wonderland adalah salah satu taman tema air yang menarik untuk pergi.
Lokasi: Bangi Wonderland, 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.
Harga tiket: RM35-RM40 sahaja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!