seismik

AJL Pentas Yang Berprestij, Karyawan Minta Artis & Komposer Terus Kekalkan Hubungan Baik

Difahamkan, beberapa artis dan komposer bakal menarik diri untuk tidak bertanding di pentas AJL tahun hadapan.

Cover image via Malaysia Gazatte & TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) luah rasa bimbang dengan tindakan beberapa artis dan komposer bertindak menarik diri dari penyertaan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, beliau amat bimbang dengan keadaan sekarang kerana AJL merupakan platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis dan komposer serta lagu mereka, selain menyumbang kepada pendapatan yang tinggi jika berjaya ke peringkat akhir.

Beliau berpendapat bahawa untuk tarik diri dari mengambil bahagian merupakan suatu tindakan yang kurang bijak serta akan merugikan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.

"Sesiapa yang menang atau menjadi finalis akan berpotensi menjana pendapatan yang tinggi selepas muncul dalam program tersebut. Ia termasuk menerima undangan untuk membuat persembahan serta peningkatan populariti lagu mereka dalam kalangan peminat.

"Jadi bagi saya tidak masuk akal ada yang memilih untuk tarik diri atas sebab-sebab yang kurang jelas, iaitu perjanjian antara RIM dan MPA dengan Media Prima. Saya pun tak pasti apakah kaitan perjanjian itu dengan AJL kerana tiada sebarang penjelasan dalam mana-mana media yang membuat liputan atas perkara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez

Image via Persatuan Karyawan Malaysia

 "Jika ia melibatkan bayaran duit apa yang saya faham ialah pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen. Ini berjaya memberi imbuhan yang signifikan setiap tahun kepada komposer dan penulis lirik tempatan. Jadi apa lagi masalahnya?.

Jelas Freddie Fernandez lagi, beliau harap artis dan komposer dapat menjalinkan hubungan baik dengan stesen penyiaran utama seperti Media Prima dan mendapatkan sokongan berterusan untuk kerjaya mereka melalui semua program popular stesen televisyen mereka.

"Jadi saya menasihati artis dan komposer untuk elak melakukan satu kesilapan besar dan terus menyertai program AJL yang paling berprestij ini untuk kekalkan hubungan baik dengan semua media di bawah Media Prima serta menentukan suatu masa depan yang lebih cerah bagi diri mereka," kata beliau lagi.

Berikut adalah kenyataan akhbar penuh daripada Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: