Anak Kena Body Shaming Dengan Kawan-Kawan Sekolah, Norreen Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa
Kesiannya, kecil-kecil dah kena body shaming.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Body shaming merujuk kepada tindakan merendahkan atau mengeji seseorang berdasarkan penampilan fizikal mereka
Namun, jika bercakap tentang isu body shaming, ramai yang menganggap orang dewasa sahaja yang akan berhadapan dengan ejekan sebegini.
Tetapi lain pula yang terjadi apabila budak kecil yang masih di bangku sekolah juga menjadi mangsa body shaming.
Tular di media sosial baru-baru ini menerusi perkongsian pempengaruh terkenal iaitu Norreen di TikTok menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan di sekolah.
Menerusi video tersebut memaparkan Norreen memuji anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaannya.
Bila Norreen tanya kepada anaknya ada tak orang di sekolah memanggil anaknya itu gemuk, tetapi Norreen terkedut apabila mendengar jawapan anaknya memberitahu bahawa dia pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan.
Ellen tanya kawan, dia cakap ‘eh gemuknya’. Ellen cakap dengan dia, saya mana ada gemuk. Saya kurus. Mak saya cakap saya kurus. Kalau awak cakap saya gemuk, nanti mak saya marah,” kata anak Norreen.
Menerusi ruang kapsyen, Norreen sempat menegur ibu bapa untuk mengajar anak masing-masing supaya tidak mudah menghakimi orang lain berdasarkan paras rupa dan saiz badan
Dia juga mengakui menahan air mata dari menangis kerana sedih dengan apa yang menimpa anaknya itu.
“Dia baru berumur 8 tahun dan Alhamdulillah, dia berjaya untuk lawan para bakal pembuli ini di sekolahnya yanng memanggil dia sebegitu sebab saya selalu ingatkan dia yang kita sebenarnya cantik dengan cara kita tersendiri.
“Dia masih kecil, yes dia berisi comel-comel manja but tidak mengapa. Nanti dia dah besar sikit, dah getting busier at school, tau la dia nak melawa," tulis Norreen.
"Mata aku berair bila tengok video ni" - Netizen
Ibu bapa pun main peranan yang penting untuk ajar anak-anak supaya jangan suka hati body shaming orang lain :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!