seismik

Premis Perniagaan Warga Asing 'Mini Dhaka' Diserbu Lebih 1,000 Anggota & Pegawai Polis PGA

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Jalan Silang, Kuala Lumpur.

Cover image via Malaysia Gazette

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ini, lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung 'mini Dhaka' di Jalan Silang, Kuala Lumpur

Menerusi laporan Buletin TV3, operasi bersepadu bermula jam 11 pagi itu menyerbu koloni warga asing yang dilihat semakin 'besar kepala' dengan berlagak seperti warga tempatan.

Serbuan dijalankan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing.

Warga asing kebanyakannya terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu gagal melarikan diri selepas kepungan mengejut dibuat.

Namun, terdapat warga asing yang menjalankan pernigaan agensi pelancongan serta turut menawarkan khidmat klinik persendirian yang mempunyai pelbagai jenis ubat-ubatan dipercayai dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Serbuan turut menemui premis yang dijadikan bilik sewa dalam keadaan berselerak dan kotor yang dihuni oleh warga asing. Setakat pukul 1 tengah hari tadi, lebih 500 warga asing telah ditahan.

Image via Harian Metro

Lihat video penuh itu di bawah:

Warga asing tersebut dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: