seismik

[TUTORIAL] Ini Cara Buka Akaun ASB Online, Tak Perlu Lagi Ke Kaunter!

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

Cover image via https://says.com/my/authors/Nurin%20Fatihah

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik untuk semua individu, akaun ASB kini boleh dibuka secara online! Mudah sahaja hanya perlu muat turun aplikasi myASNB dan tidak perlu ke kaunter serta tak perlu beratur

ASB sangat sesuai sebagai permulaan disebabkan risikonya yang rendah dan modal terjamin. ASB juga sesuai untuk anda ‘park’ dana kecemasan bagi kegunaan ketika kecemasan.

Jadi, tunggu apa lagi jom buka akaun ASB segera. Berikut adalah cara-cara membuka akaun pelaburan ASNB.

1. Anda perlu muat turun aplikasi myASNB dan isi maklumat di ruangan yang disediakan

2. Cipta akaun anda dengan menetapkan emel, ID dan kata laluan yang diinginkan

3. Lengkapkan segala maklumat di ruangan tersebut

4. Anda hampir siap, sila sahkan identiti anda

5. Sikit lagi, lengkapkan profil anda dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk pengesahan

Tahukan anda bahawa anda juga boleh mendaftar secara manual dengan mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun

Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan ASNB.

Dokumen yang diperlukan ialah:

1. 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
2. Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Selesai! Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: