"I Am Really Sorry Sir!" - Reaksi Pemilik Kereta Yang Dilanggar Ini Memang Tidak Disangka
Kisah ini juga telah mendapat perhatian wartawan dari Astro Awani dan mereka berdua dipanggil untuk sesi interview bersama mereka.
Banyak prosedur yang perlu dilakukan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, tidak kira minor atau major. Antaranya perlu ke balai polis untuk membuat laporan, selesaikan ganti rugi dan sebagainya.
Image via Freeburn Hamilton
Namun kali ini, kisah seorang lelaki iaitu Mizan Dzai, pemilik kereta jenis Toyota Vellfire dan juga Uncle Angadorai, seorang pakcik yang juga seorang pemandu Teksi membuatkan masyarakat membuka mata dan hati supaya menjadi seorang yang lebih pemaaf dan mulia.
Perkongsian ini juga telah mula tular di laman Twitter dengan meraih sebanyak 19k retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
"Im so sorry, I am really sorry Sir!"
Pemandu teksi tersebut sambil berlari-lari meminta maaf selepas terlanggar kereta lelaki itu.
Tersentap jugalah bila seorang insan yang umur berpuluh tahun tua dari kita terpaksa meminta maaf seperti ini.
Pemilik Toyota Vellfire ini juga mengatakan bahawa dia langsung tidak berasa marah walaupun selepas keretanya dilanggar. Jawapannya juga buatkan ramai tersentap...
Mulianya hati lelaki ini. Dia terus membayangkan jika situasi ini perlu dihadapi oleh ayahnya sendiri. Pasti sukar untuk diselesaikan jika pihak kedua memberikan layanan yang teruk atau meminta ganti rugi yang tinggi.
"Uncle jangan susah hati ya, semuanya boleh selesai.."
Pakcik ini juga mengatakan bahawa teksi yang dibawa adalah untuk menampung kehidupan sendiri selepas kematian isteri tercinta.
"Saya mahu tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti..."
Setelah berborak panjang, lelaki ini juga mengatakan bahawa dia tidak akan meminta ganti rugi walau satu sen daripada pemandu teksi tersebut
Hal ini dipermudahkan lagi dengan kewujudan Sarjan yang mengendalikan kes tersebut dengan penuh berbudi bahasa sekali gus memudahkan urusan mereka berdua
"Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradab, bertamadun dan berpegang teguh kepada kebaikan..."
Lelaki ini turut juga mengambil peluang untuk membantu pemandu teksi berkenaan dengan meletakkan details supaya senang dihubungi oleh orang ramai yang memerlukan pemandu teksi
Bukan itu sahaja, kisah mereka berdua ini telah mendapat perhatian daripada pihak Astro Awani untuk menjemput mereka ke sebuah talk show
Alhamdulillah. Masih ada orang yang berhati mulia seperti ini. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan Mizan Dzai dan juga Uncle Angadorai. :)
Baca perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment