“Ia Boleh Berlaku Di Dalam Rumah Sendiri” - Kenali Empat Jenis Gangguan Seksual Ini
Semoga kita dijauhkan daripada gangguan seksual seperti ini.
Gangguan seksual bukanlah isu kecil yang boleh dipandang sepi oleh masyarakat kerana ianya sering berlaku tidak kira tempat dan masa
Bukan itu saja, gangguan seksual juga boleh berlaku di dalam rumah. Apabila gurauan ini sudah melampaui batas sehingga boleh menimbulkan secara seksual, jadi ia sudah dikira sebagai sexual harrasment.
Walaupun kita kebiasaannya mengetahui gangguan seksual dilihat dari segi sentuhan, namun ianya juga boleh berlaku melalui percakapan kerana gangguan itu telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada mangsa.
Kebiasaanya wanitalah yang akan menjadi mangsa, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa lelaki juga ramai menjadi mangsa gangguan seksual. Gangguan lelaki terhadap lelaki juga boleh berlaku. Jadi, tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada terdedah dengan risiko menjadi mangsa sexual harassment.
Image via Brighthr
Terdapat empat jenis gangguan seksual yang anda perlu tahu
Menurut Puan Azira Aziz, Penguam Hak Asasi Manusia, terdapat empat jenis gangguan dari segi undang-undang yang boleh dikategorikan sebagai sexual harassment.
Berikut di bawah adalah empat jenis gangguan seksual:
Gangguan dari segi verbal atau audio. Sekiranya seseorang melemparkan kata-kata yang berbaur lucah atau mengeluarkan bunyi yang membuatkan kita tidak selesa, ia sudah dikira sebagai gangguan seksual.
Gangguan secara fizikal, iaitu secara sentuhan atau cuitan padan tempat yang kurang selesa.
Jenis gangguan ketiga adalah gangguan secara bertulis. Seperti zaman sekarang mesej yang berbaur lucah dan menimbulkan rasa tidak selamat sudah dikira satu bentuk gangguan seksual.
Akhir sekali adalah dari segi visual atau gambar. Sebagai contoh pemangsa menghantar gambar yang melampau kepada kita atau yang tak sepatutnya.
Image via New Straits Times
Jadi, keempat-empat ini merupakan satu bentuk gangguan seksual yang perlu kita ambil tahu. Tambah Azira lagi, keempat-empat jenis gangguan ini juga boleh hadir dalam bentuk kombinasi. Misalnya kita menerima hantaran emel yang disertakan sekali gambar atau video yang tak sepatutnya.
Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa di rumah juga boleh berlaku gangguan seksual yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.
Oleh sebab itu kita perlu tahu apakah jenis-jenis gangguan tersebut. Boleh jadi salah seorang pak cik kita mengeluarkan ayat gurauan secara seksual dan ia membuatkan kita rasa tak selesa, maka ia sudah dianggap gangguan seksual.
Jika tiada consent, ia adalah gangguan seksual!
Malah, kadang kala apa yang dilakukan pemangsa itu dianggap oleh dirinya sebagai perkara biasa. Contohnya seperti mengeluarkan bunyi siulan seperti ingin mengorat. Boleh jadi ia satu bentuk gangguan dan boleh jadi tidak. Apabila siulan tersebut tidak dilayan atau dihentikan dengan larangan untuk menganggu lagi, maka tiada consent yang diberikan. Jika diteruskan, maka ia adalah gangguan seksual. Namun, sekiranya siulan itu disambut baik, maka ia boleh dilihat sebagai satu bentuk consent.
Menurut Azira, kita perlu juga melihat konteks amalan masyarakat di luar negara sama ada ianya norma ataupun tidak. Faktor paling penting adalah kerelaan kita untuk menerimaanya. Jika kita tidak selesa, katakan tidak dan terus melarang pemangsa berbuat demikian. Tambah beliau, buat masa sekarang tidak ada tindakan tegas dari segi undang-undang bagi isu gangguan seksual ini.
Masih belum ada akta gangguan seksual
Dalam pada itu, Azira turut memberitahu sudah 20 tahun aktivis-aktivis hak asasi manusia berjuang untuk adakan akta gangguan seksual. Bukan untuk wanita saja tetapi untuk lelaki juga. Namun, ia masih belum diluluskan.
Walau bagaimanapun beliau berkata, tahun ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun ada menyatakan pihaknya akan selesaikan salinan draf daripada badan peguam negara.
Tetapi menurutnya pihak-pihak aktivis tidak tahu apa yang terkandung di dalam draf tersebut. Apa yang menjadi kerisauan ialah adakah ia akan menjadi akta yang boleh menegakkan hak mangsa, ataupun akta yang hanya sekadar ada sahaja.
Image via Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Beliau juga turut berkongsi pengalaman bersama mangsa di mana terdapat segelintir pihak polis yang tidak memandang serius terhadap kes ini. Apabila mangsa membuat aduan, ada yang tidak mengambil peduli. Bagi Azira, masalah ini mungkin akibat kurang latihan empati dan latihan bagi sesetengah pegawai polis mengendalikan masalah seperti ini.
Bantu polis dengan penyediaan bahan bukti
Sementara itu, Tuan DSP Foo Chek Seng daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan juga Keselamatan Komuniti Bukti Aman berkata, bagi pihak polis untuk menyiasat kes gangguan seksual adalah sedikit susah kerana tiadanya bukti dari pihak mangsa. Beliau mencadangkan, apa yang oleh dilakukan oleh mangsa adalah mendapatkan saksi bahawa kejadian gangguan seksual itu berlaku.
Menurutnya, mangsa boleh gunakan rakan sepejabat sebagai saksi dengan mengajaknya menemani kita untuk mengatakan tidak kepada pemangsa. Apabila sudah ada saksi, lebih mudah dan cepat pihak polis untuk mengambil keterangan dan membuat tindakan selanjutnya. Tetapi, beliau tetap menegaskan kepada mangsa untuk tegas dalam menyatakan tidak secara verbal kepada pemangsa. Jangan beri consent.
Image via Berita Harian
Tambah beliau lagi, semasa kita membuat laporan berserta dengan bukti atau saksi, maka tidak ada alasan untuk pihak polis katakan tiada bukti dan sukar dapatkan keterangan.
Beliau juga memaklumkan bahawa tugas polis ini adalah perlu berada di tengah-tengah dan tidak memihak kepada mangsa atau pemangsa semasa menerima laporan pertama. Boleh jadi laporan yang dibuat itu adalah laporan palsu. Jadi kedua-duanya mempunyai hak untuk pertahankan diri, dan bagi pihak yang salah tetap akan dibawa ke muka pengadilan.
Jelasnya, tugas polis adalah untuk mengumpul keterangan, dan pihak Mahkamah yang akan menjatuhkan hukuman. Selain itu beliau turut memaklumkan, sebagai pengadu kita tidak perlu risau untuk bertanyakan tentang status laporan kita. Hal ini kerana dalam konteks arahan-arahan penugasan dan siasatan polis, semua kes yang telah disiasat perlu dimaklumkan kepada pengadu.
Jadi, semoga maklumat ini dapat digunakan oleh kita untuk mempertahankan diri kita daripada menjadi mangsa gangguan seksual. Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru. Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klilk di sini.
Penulis: Hamka
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!
Image via Kool FM
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment