“Senang Nak Buat Duit” - Netizen Berang Ibu Bapa Nora Anne Nak Saman Resort Kerana Cuai
Siapa yang patut dipersalahkan?
Masihkah anda ingat tragedi mengisahkan remaja malang, Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia semasa bercuti dengan keluarganya di tanah air pada Ogos tahun lalu?
Kes tersebut mendapat perhatian meluas media dalam dan luar negara apabila remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang daripada bilik penginapannya iaitu The Dusun Resort yang terletak di Pantai, Negeri Sembilan.
Lebih merisaukan apabila Nora Anne mempunyai masalah pembelajaran menjadikan dia insan istimewa. Tiada tanda pecah masuk dilaporkan di dalam bilik resort itu menjadikan kehilangannya penuh misteri.
Memetik laporan Astro Awani, ramai tampil membantu mencari remaja tersebut namun selepas 10 hari, hanya jasadnya sahaja ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kehilangannya.
Sementara itu, laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Image via MSN
Setelah lima bulan, kes Nora Anne kembali menjadi sebutan apabila ibu bapanya mengambil keputusan untuk menyaman pengusaha resort kerana kecuaian mereka
Dalam tuntutan sivil, ibu bapa Nora Anne iaitu Sebastian Marie Phillipe dan Meabh Jaseprine Quoirin mendakwa bahawa lokasi inapan itu gagal memastikan keselamatan premis tersebut menyebabkan tragedi menimpa anak mereka.
Pasangan itu juga mendakwa pengusaha resort berkenaan gagal memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik inapan mereka.
Pengurusan pertama kes dijangka pada 21 Januari ini.
Image via Astro Awani
Bagaimanapun, netizen berpendapat sebaliknya. Ramai mengatakan bahawa ibu bapa Nora Anne yang sepatutnya dipersalahkan dalam kes ini.
Bahasa:
"Semua ibu bapa di dunia ini harus saman mereka sebab kecuaian. Ibu bapa jenis apa yang tinggalkan anak bersendirian di rumah dan di negara asing?
"Dekat Malaysia, anak yang normal pun dilarang untuk ditinggalkan seorang diri dan orang macam ini rasa perkara ini okay?" tulisnya.
Kehilangan anak itu bukanlah mudah, mungkin ibu bapa Nora Anne merasakan kematian anak mereka tidak terbela membuatkan mereka mengambil keputusan sedemikan
Dalam pada itu, tragedi ini wajar kita jadikan sebagai pengajaran terutamanya kepada ibu bapa agar tidak mengambil lewa tentang keselamatan anak-anak.
Image via Giphy
Baca juga artikel ini:
Leave a comment