Usus Bocor & Stress Punca Nora Anne Meninggal, Tiada Kesan Penculikan Atau Rogol
Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai tidak berpakaian berhampiran anak sungai di Seremban pada 13 Ogos yang lalu.
Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak polis mengesahkan bahawa punca kematian Nora Anne Quorin adalah disebabkan kebocoran pada usus
Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menerusi satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.
Tambah beliau lagi, tiada sebarang unsur jenayah seperti penculikan mahupun rogol ke atas mayat mangsa. Punca utama adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak menjamah makanan dalam tempoh masa yang lama serta stress yang berpanjangan.
Nora Anne dikatakan telah meninggal dunia sekitar dua atau tiga hari sebelum mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Nora Anne dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun, Seremban, Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu
Selepas pencarian hampir 10 hari, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menjumpai mayat gadis berkenaan kira-kira dua kilometer dari lokasi resort berkenaan.
Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai tidak berpakaian berhampiran dengan anak sungai pada 13 Ogos yang lalu.