Mayat Yang Dijumpai Polis Adalah Nora Anne & Proses Bedah Siasat Dijalankan Pagi Hari Ini
Mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin hilang.
Semalam, 13 Ogos 2019, pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat remaja yang dijumpai di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin adalah mayat mangsa yang hilang pada 4 Ogos lalu
Mayat remaja berkulit cerah dan tidak berpakaian seperti yang dijelaskan oleh pihak polis pada hari Selasa, 13 Ogos, terbukti adalah mayat remaja warganegara Ireland iaitu Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang di sebuah resort di Seremban.
Menurut laporan Free Malaysia Today, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarganya sendiri di Hospital Tuanku Jaafar, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusof menjelaskan bahawa proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 10 pagi, hari ini, 14 Ogos 2019
Pihak polis turut meminta supaya proses bedah siasat boleh dilakukan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur.