Remaja Lembam 15 Tahun Dari UK Hilang Di Seremban Ketika Bercuti Bersama Keluarga
Mangsa tidak ditemui di bilik pada pagi.
Seorang remaja 15 tahun dari London dilapor hilang ketika bercuti di Malaysia semalam
Remaja tersebut, Nora Quoirin yang berasal dari Ireland disedari hilang pada jam 8 pagi semalam, 4 Ogos 2019 selepas didapati tiada di biliknya.
Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemilik hotel yang didiami Nora pada jam 1.30 petang.
Nora bersama keluarganya tiba di Malaysia pada Sabtu, 3 Ogos 2019 dan menginap di Resort The Dusun di Seremban, Negeri Sembilan
Memetik laporan BBC, seorang rakan keluarganya, Catherine Morrison berkata Nora didapati hilang pada waktu pagi dengan tingkap biliknya terbuka.
"Mereka baru tiba - ia merupakan percutian seumur hidupnya. Mereka mendaftar hotel The Dusun - ia kelihatan sangat cantik dengan kotej kecil dan kolam infiniti.
"Kemudian mereka tidur, tetapi pagi ini (semalam) Nora tidak berada di dalam biliknya dan tingkap terbuka," katanya.
Lebih merisaukan, Nora merupakan remaja lembam yang memerlukan perhatian khusus daripada ahli keluarganya
Perkara ini disahkan oleh bapa saudara Nora, Michael Agnew menerusi satu status di Facebook.
Dalam status tersebut juga, Michael meminta orang ramai yang mempunyai kenalan di Malaysia untuk menghubunginya dan membantu mereka dalam pencarian Nora.
"Mana-mana rakan yang mempunyai kenalan di Malaysia, tolong hubungi saya jika anda fikir anda boleh membantu dalam apa cara sekali pun, Anak saudara saya telah hilang di Seremban. satu jam atau lebih dari KL.
"Dia berusia 15 tahun dengan keperluan khas, dan belum dapat ditemui sejak semua orang tidur malam tadi," tulis Michael pada Ahad, 4 Ogos 2019.
Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata polis telah menggerakkan operasi mencari mangsa dengan kerjasama bomba
"Kehilangan mangsa dimaklumkan oleh kakaknya kepada pemilik premis yang kemudian telah ambil tindakan cari mangsa di kawasan resort. Namun pencarian mereka gagal menyebabkan laporan polis dibuat.
"Gerakan mencari mangsa akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai melihat mangsa diminta lapor kepada balai polis berhampiran," katanya.