Ibu Ini DIY Kolam ‘Garden’ Sempena Hari Jadi Anak, Bajet Hanya RM5k Siap Gazebo. Wow!
Cool gila apa yang ibu ini buat untuk anak-anak dia!
Benar kata orang, kasih ibu tidak berbelah bahagi
Acap kali kita mendengar kisah para ibu yang sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anak. Lautan api pun sanggup diredahlah kisahnya!
Image via Talk Space
Terbaru, viral di laman Facebook mengenai bagaimana seorang ibu yang dikenali sebagai Hezline Atherra bertungkus-lumus membina kolam garden yang diminta oleh anak-anaknya.
Tidak mahu menghampakan permintaan mereka, wanita ini meminta bantuan suami dan adik-adiknya untuk merealisasikan hasrat anak-anaknya itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat 1,600 shares dan lebih 600 komen di laman Facebook.
Baca perkongsian penuh di bawah:
"Hadiah kolam garden buatan sendiri untuk anak-anak mummy sempena hari jadi mummy.
"Seperti mumi janji kan 2 minggu lepas mummi nak share mumi buat kolam garden kan.. today mumi tunai janji.
"Bersungguh mumi korek tanah , ikat bata, buat simen, untuk siapkan garden dan sebijik kolam mandi lebih kurang 5 kaki (dalam kan, sebab mumi pon nak tumpang berendam) untuk anak anak family mummy lepak santai.
"Kalau korang suka tengok hasil die , boleh share ni... mumi izinkan , bagi mumi komen satu sorang pon dah happy.
Image via Hezline Atherra/Facebook
Dia turut menjelaskan apa yang membuatkan dirinya ingin membina kolam DIY ini untuk anak tersayang
"Tips nekad mumi senang je 'cari bahagia untuk diri sendiri'. Mumi bukanlah tulang besi urat dawai weh...tapi mumi suke buat sendiri if mumi rase mampu gune tulang 4 kerat ni. Ape pon yang nak buat, usaha dulu, jadi tak jadi kemudian fikir.
"Mumi tak lah mewah, tapi garden ni cukup bahagia kan mumi, tengok anak anak happy main, membesar depan mata.
"Mumi busy, macam-macam mami buat kerja, ni cara mumi cari kebahagian untuk diri dan keluarga, mumi punya impian dah nak masuk tahun ketiga ni, baru lah bersungguh nak jadikan realiti gitu. Ingat dah terkubur niat tu sebab kekangan banyak.
Misi itu mengambil masa selama sebulan untuk siap sepenuhnya, beserta bajet yang minimum
"Alhamdulillah. Tadaaa dan ni hasilnye. Sebulan masa mumi target siap, dan Allah make it perfectly to me. Sebab bajet mumi tak besar, ni pon around RM5,000 termasuk gazebo dan barang kopeh-kopeh lain tu.
Mumi bukan buat sorang, ko giler ke?? Dua minggu tau korek tanah sampai 3 pagi, nak buat sorang sorang? Memang tak arr! Adik-adik mumi ade dan of coz lah daddy bahagian piping semua.
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Selain itu, dia turut berkongsi langkah-langkah untuk membina kolam tersebut
"Haa... Jom share mumi ajar awak buat kolam garden cara mumi, dan mumi dah buat langkah, step step yang awak perlu ade di setiap caption gambar tau.
"Semoga menjadi insipirasi buat kawan-kawan. Amin. Nampak senang tapi to me nak gugur ovari siapkan ni," tulisnya.
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Image via Hezline Atherra/Facebook
Netizen pun turut tumpang gembira tengok usaha si ibu ini!
Anda pula ada tak momen paling diingati dengan ibu? Boleh kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah!
Image via Scoopwhoop
Dah baca artikel ini?
Leave a comment