seismik

"Asalkan Tahu Batas" - Ibu Bapa Ini Rilek Je Sokong Anak Obses BTS, Siap Ikut Pergi Event!

Betul, yang penting tahu batasan!

Cover image via Twitter @SheilaJamal2

Bercakap sahaja pasal peminat Kpop, ramai yang belum apa-apa lagi akan terus geleng kepala

Ramai yang sudah ada mindset mengatakan bahawa peminat Kpop ini terlampau obses dan fanatik menyebabkan mereka sering kali mendapat kecaman serta cemuhan dari orang ramai hanya kerana memuja dan meminati muzik serta kumpulan yang menjadi idola mereka.

Berbeza pula dengan seorang ibu ini yang menyokong anak-anaknya meminati kumpulan muzik dari Korea Selatan itu

Menerusi akaun Twitter miliknya, ibu yang dikenali sebagai Sheila Jamal itu telah berkongsikan beberapa gambar dia sekeluarga menghadiri sebuah event Kpop.

Menurutnya, kehadiran dia dan suami di acara itu adalah sekadar menemani anak-anaknya yang begitu meminati kumpulan muzik dari sana.

Bukan itu sahaja, Puan Sheila turut berkongsikan pandangannya sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang 'obses' dengan Kpop.

Menurut Sheila, dia tidak kisah dengan minat anak-anaknya itu asalkan mereka tahu batasan dan tidak leka dalam pembelajaran mahupun urusan agama

Bahkan, ibu itu juga tidak lekang dalam memberi bimbingan serta motivasi agar anak-anaknya tahu untuk membahagikan masa antara minat, pelajaran dan urusan agama.

Ternyata, pendekatan mesra ini membuahkan hasil apabila anaknya mendapat keputusan yang membanggakan dalam SPM serta di universiti.

Sehubungan dengan itu, Puan Sheila berkata, dia serta suami sentiasa memantau minat anak-anak mereka di samping membuat research terlebih dahulu tentang kumpulan Kpop yang menjadi pujaan anak-anak.

Ekoran kagum dengan caranya mendidik anak, ramai peminat Kpop mula memberikan komen teruja kepada ibu anak empat itu

Ada yang menceritakan tentang ibu bapa mereka, ada yang memuji, bahkan ada juga yang berkongsikan pendapat. Puan Sheila juga tidak lekang dalam membalas komen-komen yang diterimanya.

Antara komen menarik yang diterimanya:

Bila dah ada anak nanti, penulis pun nak jadi mak yang cool lah!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: